Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

TORONTO: Anggota polis Toronto bertempur dengan penunjuk perasaan buat hari kedua manakala bantahan turut dilakukan berhampiran lokasi sidang kemuncak pemimpin dunia G20 di pinggir bandaraya ini yang baru berakhir, semalam.

Polis berkata, sekurang-kurangnya 605 penunjuk perasaan ditahan pada lewat petang. Jumlah itu tidak termasuk berpuluh lagi yang dilihat ditahan beberapa blok dari tempat pemimpin anggota G20 mengadakan perbincangan peringkat akhir bagi mencari jalan memulihkan ekonomi global.
Pertempuran itu menyaksikan beratus-ratus anggota polis lengkap dengan peralatan anti rusuhan berusaha menyuraikan penunjuk perasaan di sebuah persimpangan yang sibuk.

Penunjuk perasaan juga tidak menghiraukan hujan lebat dan angin kencang yang melanda sebaliknya meneruskan bantahan pada jam 9 malam waktu tempatan.

Polis sebelum itu terpaksa berdepan dengan satu lagi kumpulan penunjuk perasaan dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Kejadian berlaku selepas beratus-ratus orang berarak ke pusat tahanan sementara untuk penunjuk perasaan yang ditangkap dalam rusuhan kelmarin.

Saksi berkata, mereka melihat sekurang-kurangnya dua letupan, manakala jurucakap polis, Jenn Geary, mengesahkan gas pemedih mata dilepaskan ke arah penunjuk perasaan dari jarak dekat.

Polis akan terus menahan mereka yang terbabit dengan kegiatan jenayah. Anggota media juga akan menerima layanan sama. Jika mereka melanggar arahan keselamatan, mereka akan ditahan, katanya. Reuters

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Protesantiglobalisasiberterusan/Article

0 Responses so far.

Post a Comment