Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

SENAWANG: Sikap segelintir pengusaha restoran sengaja meletakkan meja dan kerusi di luar kawasan premis perniagaan, termasuk di tempat letak kereta bukan saja melampau dan mementingkan diri, malah membahayakan keselamatan orang ramai.

Tindakan itu mengganggu lalu lintas dan menyusahkan orang ramai yang mahu meletakkan kenderaan di situ, manakala pelanggan terdedah kepada bahaya dilanggar kenderaan.

Kejadian pelanggan cedera dan mati dilanggar ketika menjamu selera di luar restoran tempat lain sepatutnya menjadi pengajaran untuk tidak berbuat demikian.

Tinjauan Berita Harian di beberapa premis perniagaan seperti di Taman Komersial Senawang di sini, mendapati segelintir pengusaha restoran berbuat demikian walaupun menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) cawangan negeri ini, Mohd Fadil Baharudin, berkata pengusaha terbabit perlu mengutamakan keselamatan pelanggan yang menjamu selera.

Seingat saya ada satu atau dua kes sebelum ini membabitkan beberapa pelanggan dilanggar kenderaan ketika menjamu selera di meja luar restoran.

Walaupun belum ada kejadian membabitkan kecederaan parah atau kematian, tindakan itu membahayakan orang ramai. Pengusaha restoran tidak sepatutnya bertindak melampau hanya untuk kepentingan perniagaan mereka, katanya.

Roslan Mohd Akhir, 34, juga bimbang dengan gelagat pengusaha restoran terbabit, tetapi turut menyalahkan pelanggan.

Katanya, sesetengah pelanggan tidak peduli menjamu selera di meja yang diletakkan di tepi jalan walaupun mereka tahu kemalangan boleh menimpa mereka jika ada kenderaan terbabas.

Saya fikir jika bertepuk sebelah tangan, tindakan pengusaha restoran terbabit tidak akan mendapat sambutan tetapi masalahnya, ramai pelanggan yang suka makan di luar walaupun bahaya, katanya.

Mengulas perkara ini, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abdul Halim Abdul Latif, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana larangan berbuat demikian dinyatakan dalam borang permohonan lesen perniagaan.

MPS masih boleh bertolak ansur jika kerusi dan meja diletakkan di dalam kawasan restoran, tetapi tidak akan berkompromi jika peralatan berkenaan diletakkan hingga ke bahu jalan, katanya.

Baru-baru ini, katanya, satu kemalangan berlaku membabitkan pelanggan yang menjamu selera di sebuah restoran di Nilai hingga menimbulkan kekecohan antara pengusaha restoran dan orang ramai

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Carinahas/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment