Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

BAGUS...Joseph (kanan) bersama Ying  menunjukan isyarat bagus 
selepas menyaksikan imej 3D berdefinasi tinggi LTE pada majlis 
pelancaran siri jelajah, semalam.   PENGENALAN teknologi jalur lebar evolusi jangka panjang (LTE) dijangka dapat mengurangkan kos capaian jalur lebar, memperluas capaian komuniti dan menjadikan peranti jalur lebar lebih mampu dimiliki komuniti.

BAGUS...Joseph (kanan) bersama Ying menunjukan isyarat bagus selepas menyaksikan imej 3D berdefinasi tinggi LTE pada majlis pelancaran siri jelajah, semalam. 
 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, LTE akan memberikan daya pemprosesan yang tinggi, pendaman rendah dan pengalaman pengguna akhir lebih baik serta prasarana mudah dan dengan ini kos kendalian boleh menjadi rendah. “LTE akan mempermudah perkembangan sektor komunikasi jalur lebar negara ini,” katanya dalam ucapan yang disampaikan timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum pada pelancaran siri jelajah Huawei LTE Technology Cyberjaya, semalam. Komitmen yang bersungguh-sungguh terhadap pembangunan LTE akan membawa negara ke era baru jalur lebar mudah alih sambil menegaskan kerajaan berhasrat mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang akhir tahun. 
 
Rais berkata, LTE sebahagian daripada aspek bekalan, terutama di kawasan impak ekonomi tinggi apabila prasarana dan perkhidmatan jalur lebar disediakan di seluruh negara. “Tiga ciri sudah dikenal pasti sebagai faktor yang boleh menggalakkan permintaan bagi jalur lebar iaitu kesedaran, daya tarikan dan kemampuan dimiliki.

“Dengan capaian Internet berkelajuan tinggi serta keupayaan meningkatkan daya tarikan kandungan online, usaha kerajaan akan tertumpu kepada peningkatan dan penggalakan e-Kerajaan, e-Pendidikan dan e-Dagang,” katanya. 

Sementara itu, Presiden Rangkaian LTE, Huawei Technologies Co Ltd, Ying Wei Min, berkata siri jelajah selama tiga hari itu dijangka dapat mencetuskan kesedaran terhadap teknologi terbabit. Huawei penyedia penyelesaian telekomunikasi global terkemuka yang mempunyai kelebihan menyeluruh dalam prasarana, aplikasi dan perisian, perkhidmatan profesional dan peranti rangkaian telekomunikasi. 

Hari ini, produk dan penyelesaian syarikat itu digunakan di lebih 100 negara dan memberi perkhidmatan kepada 45 daripada 50 pengendali telekomunikasi terunggul di dunia dan sepertiga daripada penduduk dunia. Di Malaysia, rakan kongsinya termasuk pengendali telekomunikasi utama seperti Maxis, Axiata, TM, DiGi dan lain-lain. - Bernama 

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LTEerabarujalurlebar/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment