Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

IPOH: Pengusaha negeri ini perlu merebut peluang pasaran yang luas di China, khususnya di Wenzhou dalam wilayah Zhejiang, berikutan permintaan yang tinggi terhadap barangan dari Malaysia terutama produk makanan, pertanian dan hasil kraftangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata maklumat itu diperoleh ketika ketika beliau menghadiri expo perdagangan dunia di Shanghai, baru-baru ini serta mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak berkaitan yang memaklumkan terdapat permintaan baik untuk produk dari Malaysia, termasuk dari Perak.

Katanya, China mempunyai bilangan penduduk ramai dan memiliki kuasa beli yang tinggi, termasuk lapan juta penduduk di Wenzhou saja yang juga dikenali sebagai kawasan paling pesat membangun di negara itu.
“Saya gembira produk dari Perak termasuk kopi putih dari Ipoh mendapat permintaan dari negara itu apabila pihak di Wenzhou memesan kira-kira 60 kontena produk itu untuk dihantar ke sana.

"Selain itu, hasil pertanian seperti durian, limau tambun dan buah naga turut menerima permintaan tinggi dari sana (Wenzhou)," katanya selepas melawat Expo Barangan Berkualiti Wenzhou 2010 di Stadium Indera Mulia di sini, kelmarin.

Sebanyak 160 syarikat dari sektor Ipoh itu menyertai pameran berkenaan.

Zambry berkata, kerajaan negeri juga melihat ada potensi untuk pengusaha kasut dari Perak untuk menembusi pasaran China.
Katanya, kerajaan negeri sudah mencadangkan Perak menjadi salah satu hab utama bagi perdagangan di Asia Tenggara dan kehadiran kira-kira 400 pengusaha dari Wenzhou mengadakan pameran di sini adalah sebagai permulaan ke arah mencapai hasrat berkenaan.

Beliau berkata, sasaran kerajaan negeri bukan setakat menjadi hab untuk pasaran di Perak yang hanya ada 2.8 juta penduduk, tetapi meliputi hab pemasaran dan perdagangan serantau selaras dengan pemeteraian `Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean-China' baru-baru ini.

Sementara itu, Zambry pada sidang media selepas meraikan rombongan pedagang China pada satu jamuan makan malam kelmarin berkata, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa tempatan di Wenzhou dan Perak saling memperkenalkan bandar raya masing-masing melalui papan iklan besar.

Katanya, ia selaras dengan pemeteraian perjanjian antara Perak dan Wenzhou menjadikan bandar raya itu dan Ipoh sebagai Bandar Persahabatan.

"Melalui pendekatan ini, pihak Wenzhou memperkenalkan Ipoh melalui papan iklan di tempat mereka dan kita memperkenalkan Wenzhou melalui papan iklan kita di sini," katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_PengusahaPerakperlurebutpasaranluasdiWenzhou/Article

Labels: , ,

0 Responses so far.

Post a Comment