Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .


Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor menyertai Pertandingan Nescafe Tarik Kategori VIP pada Majlis Penutup Kejohanan Rowing dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Sukan Air, Putrajaya semalam. – utusan/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 27 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesepakatan yang ditunjukkan dalam sukan boleh diterapkan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu dan bersungguh-sungguh berusaha bagi mencapai matlamat pembangunan negara.

Perdana Menteri mengambil contoh bagaimana peserta dalam sukan mendayung perlu bergerak senada dalam satu kumpulan untuk muncul sebagai pemenang dalam pertandingan.

"Kita lihat sukan mendayung, ia membawa pengertian dan hikmah tersendiri. Mendayung dalam satu kumpulan kelihatan mudah tetapi anak kuncinya ialah tenaga, kecergasan dan lebih penting kita boleh nampak mereka mendayung serentak, senada dan mengikut masanya.
"Kalau kita bertindak senada dalam satu kumpulan maka kita boleh mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kita akan mudah tercapai," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Kejohanan Mendayung dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010 di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6 di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Ini merupakan tahun kedua kejohanan itu dianjurkan yang melibatkan semua agensi di bawah JPM.
Majlis penutup itu diserikan dengan persembahan demonstrasi menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan persembahan ski air serta wakeboard.

Perdana Menteri berkata, sekiranya seluruh rakyat dapat mendayung bersama-sama tanpa mengira kumpulan atau etnik serta sebagai satu keluarga, maka matlamat induk negara akan tercapai.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment