Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .


Chua Chern Kwang (baju belang) mewakili pasukan EM1M menerima sumbangan daripada Alfa Wealth Solution untuk mengisi dana Islamic Relief Malaysia.

SELAIN memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan meraikan semangat 1Malaysia, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) turut menjalinkan kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk mempromosikan kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim.

Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan IRM untuk tujuan itu memandangkan elemen pendidikan merupakan salah satu nilai yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia.
Beliau berkata, menjadi fokus keutamaan EM1M dalam pengumpulan dana berkenaan ialah hal ehwal pendidikan penghuni rumah anak yatim berdaftar yang pada masa ini berjumlah kira-kira 500 buah.


“Kami yakin, dengan memberi akses pendidikan sebegini, anak-anak yatim mempunyai peluang untuk melakar masa depan yang lebih gemilang walaupun membesar dalam kekurangan.

“Ia juga selari dengan pepatah nasihat Cina, kalau diberi seseorang itu seekor ikan, dia hanya kenyang sehari, tetapi kalau diajarnya memancing, dia tidak akan berlapar sepanjang hayat,” katanya.

Azizi berkata, sehingga hari ini jumlah kutipan yang berjaya dikumpul masih belum memuaskan dan pihaknya akan merancakkan promosi sebelum kutipan dana ditamatkan pada 15 September ini.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan penyumbang-penyumbang terutamanya Kerajaan Negeri Sembilan yang menyumbang sebanyak RM50,000 bersamaan dengan nilai pernubuhan sebuah perpustakaan,” katanya.

Untuk merancakkan kutipan katanya, pihak sekretariat melantik portal pembelian dalam talian, www.superyan.net sebagai pengedar tunggal baju T edisi terhad EM1M dimana hasil jualannya akan disalurkan kepada dana penubuhan perpustakaan rumah anak yatim.

Untuk mendapatkan baju T berkenaan, hubungi Ahmad Shahiran di 016-5270969.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

0 Responses so far.

Post a Comment