Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

BUKIT MERTAJAM 30 Jun – Aspek kokurikulum adalah antara yang akan turut diambil kira dalam menilai pencapaian pelajar jika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya telah merangka program yang diperlukan untuk tujuan tersebut namun ia belum dapat diperincikan sehingga semua maklum balas pihak luar berkenaan cadangan itu dibincangkan secara mendalam.

“Mungkin kokurikulum juga satu daripadanya (menilai tahap pencapaian), tetapi saya tidak mahu terangkan dulu kerana perlu dibincangkan dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dulu.


“Jangan risau, penilaian pelajar tetap ada. Bukan tak ada seperti yang difikirkan sesetengah orang. Mereka takut apabila sudah tiada peperiksaan budak melenggang pergi sekolah, cikgu tidak mengajar.

“Ia bukan begitu sebenarnya. Kementerian ada mekanisme untuk pelajar dan guru. Apabila sampai masanya, kita akan terangkan secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutup Kem Jambori Persahabatan Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada kementerian akan memasukkan aspek kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum sebagai antara aspek yang dinilai sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan.

Sementara itu, berhubung penganjuran rundingan meja bulat yang bakal diadakan seperti dicadangkan Muhyiddin, Alimuddin berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai pemansuhan UPSR dan PMR menerusi pelbagai saluran antaranya media massa, ceramah dan seminar.

Katanya, rundingan meja bulat yang bakal diadakan itu serupa seperti pernah dilakukan ketika dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat.

“Kami akan menjemput pelbagai pihak termasuk parti politik bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan memansuhkan UPSR dan PMR,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Alimuddin berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat daripada Penasihat Undang-Undang mengenai permohonan kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan cuti umum pada 7 Julai ini sempena pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kita telah dapat permohonan itu. Kita perlu mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang terlebih dulu kerana ia berkaitan dengan pewartaan.

“Kami akan umumkan perkara ini dalam satu atau dua hari lagi,” katanya.

Sumber:

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment