Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

FLORIDA: Beratus-ratus penduduk berbaris di tepi pantai Florida sambil berpegang tangan sebagai membantah tumpahan minyak BP ketika operasi membersih dilakukan di Teluk Mexico terjejas berikutan ribut tropika yang mengancam tumpahan dekat wilayah terbabit.

Turut menggusarkan penduduk ialah ribut tropika Alex yang bakal melanda selatan kawasan terjejas akibat minyak itu pada Khamis atau Jumaat depan. Pakar berkata, ribut itu juga boleh bertukar arah.
Beratus-ratus penduduk berbaris di pantai Pensacola membantah cari gali minyak di luar pantai ketika berlangsungnya ‘Hands Across the Sand.’

Gergasi minyak terbabit berkata, mereka bersiap sedia dengan kemungkinan ribut sejak pertengahan Mei tetapi tidak mengambil sebarang tindakan berikutan keadaan cuaca sekarang. Alex membentuk ribut tropika pada pagi Sabtu lalu.


Billy Payne, peramal di bahagian cuaca Press Association MeteoGroup berkata, laluannya membabitkan Belize dan Mexico sebelum menuju ke Teluk Mexico.

“Kemudian ia kelihatan seperti menjejaki ke selatan (tumpahan minyak). Tetapi masih lagi ada peluang untuk bertindak. Terlalu banyak kesalahan, masih terlalu awal untuk mengatakannya,” katanya.
Dalam satu kenyataan, BP berkata mereka mula bersiap sedia dengan rancangan ribut dan bersedia sejak pertengahan Mei.

Katanya: “Kami tidak mengambil sebarang tindakan berikutan keadaan cuaca sekarang di Teluk.”

BP pada masa ini perlukan lima hari untuk memindahkan kakitangan dan peralatan mereka. Ia akan mengambil masa lima hari lagi untuk menggerakkan kapal ke lokasi dan menyambung kutipan minyak sebaik saja ribut berakhir.

“Sasaran kami adalah memendekkan masa operasi kecemasan jadi kami akan mendapat lebih banyak minyak selain memastikan keselamatan semua kakitangan,” kata BP.

Jika Alex melanda, ia akan melewatkan lagi operasi pembersihan BP. Ia juga mungkin menjejaskan operasi menggali minyak selama lebih dua minggu, kata pakar Amerika Syarikat.

Letupan di telaga minyak Deepwater Horizon pada 20 April mengorbankan 11 pekerja selain menyebabkan antara 69 juta hingga 132 juta gelen (261 hingga 499 juta liter) minyak tumpah dan mencemarkan laut.

Kelmarin BP mengumumkan rancangan menggali telaga bantuan sepanjang empat kilometer bagi menghalang tumpahan yang dijangka akan berakhir pertengahan Ogos. – Agensi

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendudukFloridabantahgaliminyak/Article

Labels: , ,

0 Responses so far.

Post a Comment