Dalam urusan membeli rumah sering terdapat peibagai penganiayaan terhadap para pengguna terutamanya kepada mereka yang tidak mengetahui hak-hak pembeli rumah. Misalnya:
- Agensi yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu peringkat projek perumahan lambat membuat keputusan hinggakan harga meningkat.
- Ada pemaju perumahan yang terkandas atau terbengkalai di setengah jalan.
- Sijil Kelayakan atau Certificate of Fitness (CF) rumah begitu lewat diperolehi walaupun rumah yang dibina oleh agensi kerajaan telah lama siap.
- Pemaju rumah mengambil wang deposit dan menyimpannya bertahun-tahun lamanya sedangkan rumah belum diperuntukkan.
- Terdapat perkara tertentu tidak mengikut spesifikasi, misalnya kes rumah kos rendah yang dibina di dua kawasan berlainan mengenakan harga yang sama iaitu RM22,OOO seunit tetapi dari segi keluasan dan bentuk binaan serta bahan binaan jauh berbeza antara kedua-duanya.
- Rumah yang pembinaannya tidak sempurna dan menimbulkan berbagai-bagai masalah setelah pengguna tinggal hanya beberapa minggu di dalam rumah tersebut.
- Terdapat kes pembeli rumah yang membayar secara tunai gagal mendapatkan hak milik rumah daripada pihak bank yang membiayai projek itu kerana pihak pemaju tidak membayar hutang kepada bank tersebut.