Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .
Showing posts with label insurans. Show all posts
Showing posts with label insurans. Show all posts

INSURANS
Apa itu Insurans?
Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.
Apakah jenis-jenis insurans ?
Terdapat berbagai-bagai jenis insurans untuk melindungi anda dari semua jenis risiko seperti insurans nyawa, insurans kenderaan dan insurans kebakaran.
Semua jenis insurans termasuk insurans motor bertujuan menolong anda mengurangkan atau menampung kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kecelakaan. Oleh itu, sebuah polisi insurans sebenarnya merupakan sesuatu kontrak di antara pihak syarikat insurans dan pihak pengguna bahawa pampasan akan dibayar jika kecelakaan atau kemalangan yang disebutkan di dalam polisi itu berlaku. Walau bagaimanapun, pampasan hanya akan dibuat bergantung kepada premium yang dibayar.

Seseorang itu perlu berhati-hati dengan wang terutamanya sejak nilai ringgit yang sama tidak akan sama untuk digunakan pada masa depan. Jadi kita perlu pastikan bahawa wang yang dikeluarkan dibelanjakan dengan sewajarnya.
Berikut adalah beberapa jawapan kepada persoalan berkaitan dengan wang yang mungkin anda akan dapati amat berguna.