Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .
Showing posts with label pinjaman. Show all posts
Showing posts with label pinjaman. Show all posts


PENGENALAN
Membeli rumah memang menyeronokkan. Mungkin ia adalah barangan paling berharga yang dibeli dalam seumur hidup anda. Memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pinjaman perumahan boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan keresahan.

Halaman ini bertujuan untuk menyumbang idea kepada anda mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan pembelian rumah dan menggariskan langkah utama yang perlu dibuat. Ia menyediakan panduan asas dan mengupas istilah-istilah teknikal serta memberikan tip-tip berguna kepada anda sewaktu memohon pinjaman perumahan.