info harian
"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

|
| Muhyiddin Yassin (tengah) menaiki set kereta api elektrik (ETS) bersama Kong Cho Ha (kiri), Ir. Mohd. Zin Mohamed, dan Dr. Aminuddin Adnan pada sambutan ulang tahun KTMB ke-125 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin |
KUALA LUMPUR 21 Jun - Kekerapan perkhidmatan tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan ditingkatkan kepada sekali bagi setiap 7.5 minit menjelang 2012 berbanding sekali setiap 30 minit sekarang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, tahap kekerapan tren yang lebih baik ini dapat dicapai dengan pemilikan 38 set unit elektrik pelbagai oleh KTMB dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ke arah penambahbaikan kemudahan untuk rakyat
Najib (tengah) meninjau operasi LRT di stesen Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini dan secara rasmi ditubuhkan pada 3 Jun lalu.
Penubuhannya bertitik-tolak daripada kesedaran mengenai pentingnya kemudahan pengangkutan awam yang efisien seterusnya diyakini mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.
Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober tahun lepas dan mengikut perancangan awal akan beroperasi pada Oktober ini.