PADANG BESAR - Alliance Eco Energy (PS) Sdn. Bhd. (Alliance Eco), syarikat tempatan yang terlibat dalam pemprosesan produk berasaskan bahan kimia, telah berjaya menghasilkan sejenis bahan bakar alternatif yang dapat menggantikan diesel bagi kegunaan pelbagai sektor industri.
Teknologi yang diimport dari Korea itu menghasilkan bahan api daripadahasil kajian yang menggabungkan 45 peratus air dalam tanah, air hujan, air paip dan air sungai manakala baki 55 peratus lagi komponennya terdiri daripada 16 jenis bahan kimia.