Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .
Showing posts with label fomca. Show all posts
Showing posts with label fomca. Show all posts

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memasukkan peruntukan baru dalam Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 bagi memberi perlindungan tambahan kepada pengguna yang menandatangani sesuatu perjanjian pembelian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan terma kontrak yang tidak adil akan dimasukkan dalam pindaan APP yang dijangka dibentang untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin.

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Institusi kewangan harus memberi layanan yang lebih adil kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman pembiayaan kenderaan, kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah.

Katanya mereka seharusnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan peminjam yang bermasalah dan bukannya terus menarik kenderaan dan mengenakan bayaran serta syarat yang tidak munasabah yang sekaligus lebih membebankan peminjam.

SEORANG pengadu membeli sebuah rumah di Taman Teratai, Kajang daripada syarikat pemaju dan menandatangani perjanjian jual beli pada 11 September 2007. Disebabkan pemaju ada masalah kewangan, projek perumahan itu terbengkalai selama dua tahun. Awal September 2009, projek itu disambung semula.