Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Nilai etika dan moral yang tinggi adalah salah satu daripada lima komponen utama selain bahasa, teknologi maklumat, keusahawanan serta kemahiran insaniah yang diterapkan Management & Science University (MSU) bagi menjana graduan berkualiti.

Selari dengan itu, sekumpulan pelajar program Bachelor in Medical Science, MSU menjalankan program berbentuk khidmat masyarakat di Melaka baru-baru ini yang turut disertai kru penerbitan TV3.

Pembabitan pelajar MSU bertujuan memberi pendedahan serta menghayati penderitaan golongan tidak bernasib baik.

Ia sebahagian aktiviti mentor-mentee yang dirancangkan melalui pembabitan pelajar dan pensyarah dalam pelbagai aktiviti.

Kunjungan ke Tangga Batu itu disertai 24 pelajar dan tiga pensyarah dengan membuat kunjungan ke rumah keluarga Jamil dan Asmah yang mempunyai anak kurang upaya (OKU), Nor Hisham yang menghidap penyakit saraf sejak lahir.

Di sana pelajar bergotong-royong memasak makanan tengah hari selain membersihkan rumah keluarga itu.

Lawatan berakhir dengan penyerahan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan lain kepada pihak keluarga Jamil. Aktiviti itu lanjutan kepada pendedahan pelajar MSU melalui program akademik dan kokurikulum yang menjadi tongak kepada pembentukan graduan berketerampilan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MSUpupuknilaimurnidikalanganpelajar_/Article

Labels:

0 Responses so far.

Post a Comment