- Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan kepada seseorang.
- Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan kepada anak berusia tiga tahun.
- Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar.
- * Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak prasekolah.
- * Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang anak patung yang senang dicabut. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan tidak boleh mencederakan.
- * Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh dilentur.
- * Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung.
- * Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. Pastikan alat permainan tidak menggunaka cat bertoksid.
- * Alat permainan sepatutnya boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
- * Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan.
- * Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tali yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.
0 Responses so far.
Post a Comment