- Objektif Bahagian Penguatkuasa
Menguatkuasakan undang-undang dan melindungi pengguna.
- Akta-akta Yang Dikuatkuasakan
- Penguatkuasa menguatkuasakan 7 Akta yang dengan aktiviti perdagangan:
- Akta Kawalan Harga 1946
- Akta Kawalan Bekalan 1961
- Akta Timbang dan Sukat 1972
- Akta Perihal Dagangan 1972
- Akta Sewa Beli 1967
- Akta Hakcipta 1987
- Akta Jualan Langsung 1993
- Penguatkuasaan akta-akta yang berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi pengguna dan mewujudkan etika perdagangan yang baik dalam negara.
- AKTA KAWALAN HARGA 1946
- Akta ini dan perundangan-perundangan subsiadiri di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga barang- barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang.
- Diantara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini adalah :
- Gagal melabelkan barang-barang yang tersedia bungkus dengan maklumat, nama dan alamat pengeluar atau pengimport, beratan dan kuantiti, jenis kandungan di dalamnya serta nama sebutan sebenar barang itu.
- Gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan.
- Gagal meletakkan harga runcit yang disyorkan bagi susu tepung dan minyak masak.
- Denda yang boleh dikenakan
-
Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.
-
Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.
-
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
- AKTA KAWALAN BEKALAN 1961
- Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan bekalan barang-barang perlu mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan dalam setiap keadaan.
- Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah:
-
Menjual barang kawalan berlebihan daripada keperluan biasa; -
Menyorok barang kawalan dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan; -
Memiliki barang kawalan dengan cara tidak sah; Berniaga barang kawalan tanpa lesen; -
Gagal mempamerkan lesen di tempat yang jelas; -
Penjualan terus barang kawalan oleh pengilang kepada pengguna yang tidak memiliki surat kuasa; -
Memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen; -
Membeli barang kawalan daripada orang yang tidak mempunyai lesen; -
Mengendalikan barang kawalan tanpa menyediakan buku stok; -
Mengendalikan pengilangan kurang daripada jumlah jam yang ditetapkan dalam lesen; -
Gagal melaporkan ketidakupayaan pengilangan; -
Gagal memberitahu Pengawal mengenai pemberhentian pengilangan; -
Menafikan stok barang-barang kawalan secara palsu; -
Enggan menjual barang kawalan.
- Denda yang boleh dikenakan
-
Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.
-
Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.
-
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
- AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mempastikan segala alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan mematuhi spesifikasi Yang ditetapkan dan di samping itu mempastikan bahawa alat-alat timbang dan sukat itu disahkan ketepatan timbangan dan sukatannya. - Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
-
Menggunakan alat-alat unit-unit timbangan dan sukatan selain daripada sistern metrik; -
Menggunakan alat timbang dan sukat Yang tidak disahkan; -
Menggunakan alat timbang Yang tidak seimbang; -
Mengeluar, membaiki atau menjual alat timbang dan sukat Yang diketahui palsu; -
Berurusniaga tanpa alat timbang dan sukat Yang perlu ada bagi aktiviti perdagangan Yang berkenaan; -
Memalsukan sijil penentusahan alat timbang dan sukat; Menggunakan sijil palsu sebagai tulen; -
Membuat, membaiki, menjual alat timbang dan sukat tanpa lesen; -
Gagal melaporkan kepada Inspektor mengenai alatalat timbang dan sukat Yang tidak boleh dibaiki dalam tempoh 3 hari; -
Gagal mengeluarkan perakuan pembaikan terhadap alat timbang dan sukat Yang dibaiki; -
Gagal untuk mengesahkan standard ujian alat timbang dan sukat; -
Gagal mempamerkan lesen Yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1981.
- Denda yang boleh dikenakan
-
Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RM5000.00 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya.
-
Bagi kesalahan-kesalahan Yang boleh dikompaun, jurnlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum Yang diperuntukkan.
- AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
- Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.
- Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
-
Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan); -
Memberi petunjuk palsu mengenai barang-barang, tempat tinggal, kernudahan dan perkhidmatan; -
Memberi pernyataan Yang mengelirukan mengenai harga barang-barang; -
Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak; -
Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan; -
Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan; -
Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal; -
Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan mura -
Memberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.
- Denda yang boleh dikenakan :
-
Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.
-
Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
-
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
- AKTA SEWA BELI 1967
Akta ini dan perundangan-perunclangan subsidiari di iya adalah bertujuan untuk mengawalselia bentuk kandungan perjanjian serta menggariskan hak dan tangungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli.
- Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
-
Membuat perjanjian sewa beli tanpa mematuhi butiran yang ditetapkan; -
Membuat perjanjian sewa beli secara tidak bertulis; -
Tidak mematuhi peraturan deposit minimum; -
Memberi keterangan palsu (oleh pemunya); -
Mengalihkan barang-barang sewa beli dari tempat yang ditentukan dalam perjanjian; -
Melupuskan barang sewa beli secara tipu (oleh penyewa); -
Menyampaikan notis cadangan menarik balik barangang tanpa mengikut peraturan; -
Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kad kuasa semasa mengambil semula (repossess) barang-barang; -
Gagal menyelenggarakan buku rekod yang lengkap (oleh pemunya).
- Denda yang boleh dikenakan
-
Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RMI0,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya.
-
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumiah denda maksimurn yang diperuntukkan.
- AKTA HAKCIPTA 1987
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.
- Menjual salinan langgaran karya hakcipta;
- Menyewa salinan langgaran karya hakcipta;
- Membuat salinan langgaran karya hakcipta;
- Mengedar salinan langgaran karya hakcipta;
- Memiliki salinan langgaran karya hakcipta;
- Mengimport salinan langgaran karya hakcipta;
- Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta;
- Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan;
- * Salinan langgaran adalah salinan cetak rompak.
- Denda yang boleh dikenakan
-
Bagi kesalahan pertama membuat, menyewa, mengedar, memiliki, mempamerkan, mengimport salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM10,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM20,000.00 setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
-
Bagi kesalahan pertama membuat/memiliki alat perekaan untuk membuat salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM20,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya clan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM40,000.00 bagi setiap perekaan atau 20 tahun penjara atau kedua-duanya.
- AKTA JUALAN LANGSUNG 1993
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos.- Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
-
Menjalankan perniagaanjualan langsung tanpa lesen; -
Memberi maklumat palsu dalam Man jualan pesanan pos; -
Menghantarserahkan barang atau perkhidmatan dalarn tempoh bertenang; -
Menerima apa-apa wang daripada pembeli sebelum habis tempoh bertenang; -
Memberi maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan; -
Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu selain daripada hari-hari dan waktu-waktu yang ditetapkan; -
Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kebenaran masa menjalankan rundingan jualan langsung Pintu pintu; -
Mengeluarkan kad kebenaran yang mengandungi aklumat palsu; -
Membuat kontrak tanpa bertulis mengenai jualan ngsung bagi barangan atau perkhidmatan yang bernilai RM300 ke atas.
- Denda yang boleh dikenakan:
-
Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda hingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda hingga RM200,000.00 atau 6 tahun penjara atau kedua-duanya.
-
Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda hingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
-
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
0 Responses so far.
Post a Comment