Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Mustapa Mohamad bersama timbalannya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan melihat Buku Laporan Tahunan MITI 2009 selepas majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Jun – Kerajaan bercadang menggubal Pelan Induk Pembangunan Usahawan (PIPU) dalam usaha menentukan dasar serta hala tuju strategik bagi tujuan pembangunan usahawan di Malaysia.

Pembangunan usahawan yang berteraskan kepada teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) itu bakal menjadi agenda utama bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam perniagaan Internet.

Program yang dirancangkan itu akan meningkatkan lagi keupayaan diri, daya tahan serta daya saing usahawan dalam mengekalkan penguasaan pasaran domestik mahupun antarabangsa.

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kerajaan akan meneruskan usaha untuk mempertingkatkan persekitaran atau iklim perniagaan dalam negara bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih.

Antara langkah strategik yang diambil bagi mewujudkan suasana perniagaan yang lebih dinamik ialah memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) bagi melonjakkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan didukung industri pembuatan berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi. 


Muhyiddin Yassin (tengah) menaiki set kereta api elektrik (ETS) bersama Kong Cho Ha (kiri), Ir. Mohd. Zin Mohamed, dan Dr. Aminuddin Adnan pada sambutan ulang tahun KTMB ke-125 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kekerapan perkhidmatan tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan ditingkatkan kepada sekali bagi setiap 7.5 minit menjelang 2012 berbanding sekali setiap 30 minit sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, tahap kekerapan tren yang lebih baik ini dapat dicapai dengan pemilikan 38 set unit elektrik pelbagai oleh KTMB dalam tempoh dua tahun akan datang.

KUALA LUMPUR 21 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan empat modul halal untuk peringkat global oleh Perikatan Integriti Halal Antarabangsa (IHI). 

Ketika mengumumkan perkara itu pada majlis perasmian Forum Halal Sedunia 2010 (WHF) di sini, Perdana Menteri berkata, IHI yang ditubuhkan pada WHF sebelum ini berfungsi sebagai badan rujukan halal bagi mana-mana pihak terutama negara Islam di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR - Lebih 47,500 pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah mendapat wang pendahuluan pinjaman RM1,500 untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bulan depan diminta berjimat bagi mengelak masalah tidak dapat menjelaskan yuran pengajian kelak.

BANYAK pihak menyokong cadangan menghapuskan UPSR dan PMR kerana peperiksaan itu didapati terlalu berorientasikan peperiksaan dan meminggirkan aspek kemahiran.


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran memberi jaminan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak akan dibuat secara terburu-buru.

Sebaliknya kementerian berkenaan akan mengkaji reaksi guru dan ibu bapa menerusi media-massa sebelum membuat keputusan.

PETALING JAYA: Prices of essential goods are still rising at a rate of 5% annually, according to Fomca’s consumer research and resource centre.


“Generally, prices of goods fluctuate in the short term but increases annually at an average rate of 5%,” said the centre’s chief executive officer, Datuk Paul Selva Raj.

Until March, consumer prices continued its upward trend, led by increases in food prices and utility bills.

 
Last month, the Statistics Depart-ment said the Consumer Price Index (CPI) increased from 111.5 to 113.2. Consumer prices rose 1.5% in April from a year ago.

Usaha hijau yang sebenar


YTL turut mempelopori usaha yang membuka ruang kepada golongan muda meluahkan pendapat tentang pemuliharaan alam sekitar. - Gambar hiasan


Sejak kebelakangan ini, usaha ke arah 'penghijauan' menjadi lebih kepada satu ikutan dan bukan kepada usaha padu untuk mencari penyelesaian dalam isu alam sekitar.

Dunia korporat memulakan sesuatu yang mereka sebut 'inisiatif hijau', tetapi mungkin sesetengah tertanya-tanya sama ada ia lebih merupakan kepada usaha mendapatkan pengecualian cukai.

Namun tidak bagi Ruth Yeoh, anak perempuan sulung kepada Tan Sri Francis Yeoh, Pengarah Urusan Kumpulan YTL, yang melihat isu alam sekitar secara terus terang dan terbuka.

Bagi yang masih tidak mengetahui, kumpulan YTL ialah satu daripada konglomerat infrastruktur terbesar di Malaysia dengan syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Merintis sistem pengawalan ikan sungai


Fauzi Da'ain (kiri) menunjukkan kepada Junaidi Che Ayub dan Mohamad Mat Saman (kanan) antara alatan yang tidak dibenarkan dalam proses penangkapan ikan di Kuala Serau, Lipis, Pahang baru-baru ini.


KERAKUSAN manusia akhirnya membinasakan diri sendiri... Mungkin itu ungkapan terbaik ditujukan kepada segelintir rakyat negara ini yang tidak menghargai sumber alam semulajadi yang di kurniakan Tuhan.

Mengapa penulis berkata demikian? Lihat sahaja sungai-sungai yang terdapat kini mengalir lesu tidak bermaya.

Penghuni 'perut'nya kini juga menyepikan diri akibat ketamakan manusia yang mahukan keuntungan dengan mudah dan cepat.

Jika dahulu kita boleh melihat pelbagai jenis ikan berenang bebas dan menjadi sumber makanan utama kini semakin berkurangan akibat di bom, tuba dan dituai tanpa had.

Semporna terus dipenuhi sampah


Sampah-sarap di Pulau Larapan berdekatan Semporna semakin tidak terurus dan ini turut membabitkan persekitaran perairan yang semakin kotor.


HARI bumi disambut Khamis lepas dengan pelbagai inisiatif dilakukan termasuklah komitmen Malaysia yang melancarkan kempen 'Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok'.

Melalui kempen ini, kerajaan mensasarkan akan menanam 26 juta pokok menjelang 2014 yang turut menggambarkan kapasiti penduduk Malaysia pada masa ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas ketika pelancaran kempen itu berkata, dianggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan terosot, kawasan hutan yang telah dibalak, kawasan pesisiran pantai dan kawasan-kawasan bandar akan ditanam pokok melalui kempen itu menjelang 2014.

Pencemaran sungai kritikal


Kanak-kanak wajar diberi pendedahan awal supaya mencintai alam sekitar.


KITA sering merungut apabila air yang mengalir dari dalam paip kotor, berkarat dan mengandungi keladak.
Masyarakat hari ini sering menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya demi menjamin keselesaan mereka.

Namun sedarkah anda, punca daripada segala masalah itu adalah diri kita sendiri.

Adakah sungai-sungai yang terdapat di kawasan bandar airnya boleh diminum terus tanpa rawatan?

Apa yang pasti, untuk memandang 'isi perut' sungai-sungai ini pun sudah cukup memualkan tekak anda apatah lagi untuk menjadikannya sebagai air minuman.
Rata-rata sungai di kawasan bandar mengalir lesu, dipenuhi sampah sarap akibat sikap ambil mudah sesetengah daripada kita yang suka mengambil jalan pintas dengan membuang sampah ke dalamnya.

Hal demikian belum ditambah lagi dengan pembuangan sisa domestik serta pihak industri yang dialirkan terus ke dalam sungai tanpa sebarang rawatan.

Perabot kulit telur ke luar negara



SIapa sangka bahan seperti buluh serta kulit telur mampu dijadikan hiasan yang sebegitu indah seperti set perabot ini.



Terfikirkah anda bahawa barang buangan mampu dijadikan kraftangan termasuk perabut bernilai ribuan ringgit?

Barang buangan itu bukannya sekadar logam atau kayu. Malah sisa bahan makanan seperti kulit telur juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan komersial.

Itu yang dibuktikan oleh anak tempatan melalui syarikat MIH Wood Industries Sdn. Bhd. yang mana ciptaannya dipasarkan ke seluruh dunia.
Syarikat yang diterajui sepenuhnya oleh bumiputera itu merupakan sebuah anak syarikat yang bernaung di bawah MIH Group Of Companies.

Syarikat tersebut ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2005 dan kilangnya beroperasi di kawasan perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Komunikasi syarikat tersebut, Md. Rais Md. Saman, MIH menyediakan perkhidmatan pembuatan serta kemasan pelbagai jenis perabot berserta hiasan tambahan.

Namun apa yang menarik adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kemasan akhir setiap perabot hasil syarikat ini.
"Antara bahan yang digunakan untuk kemasan akhir pada produk kami adalah seperti kulit telur, buluh dan tempurung kelapa serta ukiran tangan.

Menyerap gas rumah hijau



Keterangan inovasi:
Masalah yang dihadapi
lPelepasan gas rumah hijau yang berlebihan menyebabkan pemanasan global dan peningkatan suhu di sekitar rumah.

lAsap beracun yang dilepaskan oleh kenderaan dan kilang perindustrian telah menjejaskan kesihatan manusia.

Objektif rekaan
lMenghasilkan suatu produk yang mampu menyerap gas-gas beracun khasnya di dalam rumah dan seterusnya menjamin kesihatan masyarakat.

Kegunaan produk
  1. lMenyerap gas rumah hijau (CO2) secara efektif.
  2. lMeneutralisasikan gas asidik dan beracun (SO2, NO2).
  3. lDigunakan sebagai pembersih kotoran yang berkesan.
  4. lSebagai barang hiasan di dalam rumah.

Cara operasi produk
  • lPenggunaan bahan kimia unik untuk menyerap asap beracun.
  • lMempunyai struktur kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kadar penyerapan gas.
  • lAspek keselamatan yang lengkap dan berkesan.
  • Manfaat kepada pengguna
  • lMembersihkan udara dalam bilik rumah dengan mengurangkan kandungan gas rumah hijau dan gas asidik di dalam rumah.
  • lMembantu mengurangkan fenomena pemanasan global.
  • lMeningkatkan nilai estetika pengguna.
  • Potensi pasaran
  • lKonsep inovasi produk baru yang belum ada di pasaran. Berpotensi tinggi di pasaran kerana setiap isi rumah mampu dan boleh membeli produk ini demi kesihatan ahli keluarga.
  • lHarga produk yang sederhana kerana bahan mentah yang diperlukan murah iaitu lebih kurang RM4 sahaja.
  • lProduk mempunyai nilai estetika yang tinggi, cantik dan menarik.
  • lProduk tidak memudaratkan alam sekitar.

Labels:

Bersih dan cepat



mesin hirisan nanas mudah dikendalikan dan dibersihkan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan.



HIRISAN nanas segar memang diminati ramai. Permintaannya di pasaran terus meningkat.
Tetapi cabarannya ialah bagaimana untuk mengekalkan kesegaran nanas yang sudah dipotong itu di pasaran.
Untuk memenuhi citarasa pengguna ia mengekalkan ciri asal buah seperti rasa, bau dan tekstur.

Sejajar dengan permintaan yang meningkat, bukan sahaja kawasan penanaman perlu diperluaskan malah perlu teknologi memproses juga perlu bergerak seiring.

Operasi penyediaan yang berkesan dengan menggunakan peralatan sesuai diperlukan bagi mengawal kualiti dan keseragaman produk di peringkat komersial.

BUAH nanas memang popular. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Sebab itu ia merupakan buah-buahan tropika ketiga terpenting di pasaran antarabangsa.

Nanas lebih sedap di makan dalam keadaan segar. Isinya yang baru dikupas dan dipotong cukup enak dimakan terutama sebagai makanan pencuci mulut.

Tetapi, jika telah dikupas dan dipotong, kesegarannya sukar untuk dikekalkan. Kalau sudah dipotong, biasanya ia perlu dihabiskan.

Komposit sisa buangan


Komposit yang dihasilkan daripada bahan buangan.

Deskripsi Inovasi :

Mungkinkah pada suatu hari nanti kita akan tinggal dengan dikelilingi oleh bahan-bahan buangan? Di Malaysia, pemprosesan kelapa sawit menghasilkan lebih daripada seratus juta tan metrik sisa buangan setiap tahun.

Pengilangan gula daripada tebu pula menghasilkan lebih daripada sejuta tan metrik hampas setahun.

Ini bermakna kitar semula bahan buangan mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing.

Oleh itu, projek komposit mesra alam berasaskan pertanian (agro based eco-composite) telah dijalankan bagi menangani masalah ini.

Sistem RTA jimat kos,mudah dibina


Rumah Bina Sendiri Sistem RTA (ready to assemble) mampu dipasang oleh mereka yang tidak mahir membina rumah.


DAHULU, pada zaman 1970-an hingga ke awal 1980-an masih boleh lihat bagaimana penduduk kampung bergotong-royong membina sendiri rumah mereka.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk pembinaan seperti tiang dan segala perkakasan lain disediakan lebih awal.
Apabila tiba hari untuk mendirikan rumah tersebut, maka penduduk kampung dipanggil berkumpul. Secara beramai-ramai mereka membina rumah tersebut.
Upahnya (bagi penduduk di utara tanah air) cukup sekadar dengan pulut kuning atau pulut ikan masin diikuti dengan doa selamat.

Ketika zaman berubah budaya yang mampu mengeratkan silaturahim itu telah ditinggalkan.
Kini, segala-galanya diupah. Tidak ada lagi sistem bina sendiri secara gotong-royong. Hasilnya, kos membina rumah meningkat.

KUALA LUMPUR 20 Jun – MTD Group, pengendali jalan bertol kedua terbesar Malaysia, sedang sibuk membina lebuh raya baharu di dalam dan di luar negara tetapi ini tidak bererti ia tidak mengintai peluang untuk menceburi perniagaan prasarana lain.

Bagaimanapun, negara-negara tumpuannya tetap negara tempat ia bertapak kukuh termasuklah Filipina, Indonesia dan Sri Lanka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmil Khalid, berkata kumpulan itu tidak akan melebarkan sayapnya ke negara-negara lain kerana “kami perlu menyudahkan apa yang sedang kami lakukan terlebih dahulu”.

WSA mahu terokai negara ASEAN


Wan Mohamed Wan Embong (Kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjiian dengan Michael Coates pada majlis menandatangani memorandum persefahaman di kuala lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pengeluar alat ganti automotif dan perkakas bangunan, WSA Group (WSA) telah menjalin kerjasama dengan pengeluar perkakasan automotif dari Australia, INC Corporation (INC) untuk meluaskan perniagaannya ke beberapa negara ASEAN.

INC merupakan syarikat kejuruteraan bahan yang menumpukan kepada pembuatan produk akustik dan penebat aliran udara untuk sektor automotif.

Pengarah Urusan Kumpulan WSA, Datuk Dr. Wan Mohamed Wan Embong berkata, kerjasama itu merangkumi pemasaran dan peluasan pasaran produk tersebut kepada pengeluar peralatan asli (OEM) di negara ini khususnya syarikat-syarikat automotif.

"Selain itu kedua-dua pihak juga akan menimbang pelaksanaan komersial di mana INC memberi lesen kepada WSA untuk membolehkan produk dikeluarkan di kilang kami di sini,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis memeterai memorandum persefahaman antara kedua-dua syarikat di sini baru-baru ini.

Jangan jual kepada GLC



KUALA LUMPUR 20 Jun – Syarikat-syarikat bukan teras kepunyaan syarikat milik kerajaan (GLC) sepatutnya dijual kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berdaya maju dan bukannya kepada kalangan GLC sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Seri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, syarikat bukan teras itu dilupuskan bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan-usahawan Melayu yang profesional mengambil alihnya.

‘‘Kita mahu usahawan Melayu profesional menjalankan perniagaan itu,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas trend penjualan aset bukan teras oleh GLC yang kemudiannya dibeli pula oleh GLC yang lain.



RANCANGAN Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyediakan rangka kerja dasar dan strategi bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020.
Rancangan ini juga dilakar berkonsepkan 1Malaysia dan dibina berasaskan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang menggariskan dasar dan strategi baharu.

Konsep 1Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan perpaduan negara yang penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik; satu pra syarat untuk Malaysia kekal sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan yang menarik.

Amalan menghormati perbezaan nilai pelbagai masyarakat akan membantu rakyat menghargai perbezaan tersebut sebagai aset.

Konsep ini mengharapkan rakyat Malaysia bergerak melangkaui toleransi untuk menerima dan akhirnya berbangga dengan kepelbagaian etnik, agama, budaya dan kepercayaan.

sistem pengangkutan lebih cekap dan selesa menjadi harapan semua warga Malaysia.

PELABURAN dalam pengangkutan awam dalam tempoh RMK-10 tertumpu kepada peningkatan kecekapan sistem sedia ada bagi menampung pertumbuhan permintaan masa hadapan.
Ia akan dilaksanakan di kawasan bandar besar dengan tidak meminggirkan bandar bersaiz sederhana di seluruh negara.

Inisiatif utama di Kuala Lumpur dengan meningkatkan keupayaan transit aliran ringan (LRT) dengan menyambung 34 kilometer lagi daripada laluan sedia ada.

Selain itu, sebanyak 35 set tren empat gerabak baru akan dibeli bagi meningkat keupayaan LRT Laluan Kelana Jaya daripada anggaran 24,000 kepada 98,000 penumpang setiap jam dan mengurangkan masa menunggu daripada 3.3 minit kepada dua minit pada waktu puncak.

glc tidak lagi mendapat layanan istimewa kerajaan dalam rmk-10.

PENSWASTAAN syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Percetakan Nasional Bhd., CTRM Aero Composite, Nine Bio Sdn. Bhd. dan Inno Bio Sdn. Bhd. akan selesai dalam tempoh RMK-10.

Kerajaan akan melupuskan saham miliknya untuk memastikan aset dipegang secara meluas dan inisiatif pelupusan serta penswastaan tidak memberi kesan negatif kepada kepentingan awam.

Peranan GLC juga akan dirasionalisasikan untuk memberi tumpuan kepada bidang yang membantu merancakkan sektor swasta.

GLC turut mengurangkan penglibatan dalam bidang yang tidak meningkatkan nilai dan aset bukan teras miliknya akan dilupuskan secara berperingkat.


PELABURAN swasta dijangka berkembang pada kadar 12.8 peratus setahun dengan jumlah pelaburan mengikut harga semasa sebanyak RM115 bilion setahun.

Pelaburan terus asing (FDI) merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ini.

Pelaburan swasta akan menyumbang 13.9 peratus kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015.

Walaupun dasar fiskal dan kewangan akan terus menyokong inisiatif swasta, penambahbaikan dalam persekitaran perniagaan kepada pelaburan swasta akan diberi keutamaan, termasuk langkah untuk meliberalisasi lagi ekonomi.

Kecekapan sektor awam akan terus diperkukuh melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan menyelaras proses birokrasi dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

GUNA tenaga dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), dijangka menawarkan 1.4 juta pekerjaan, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding 0.9 juta pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9).

RMK-10: Ekonomi berkembang 6 peratus



Perkembangan fizikal bukan lagi menjadi tumpuan utama dalam rmk-10.


EKONOMI perlu berkembang pada kadar enam peratus setahun dalam tempoh RMK-10 2011-2015 untuk mencapai aspirasi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Transformasi persekitaran untuk pertumbuhan ekonomi perlu dilaksanakan bagi membolehkan peningkatan dinamisme dan produktiviti.

Cabaran utama adalah untuk beralih daripada ekonomi berdasarkan kos dan sumber asli kepada ekonomi yang dipacu oleh produktiviti, inovasi dan berupaya memupuk, menarik serta mengekalkan modal insan berbakat, syarikat dan modal.

KUALA TERENGGANU 20 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Julai ini bagi memutuskan sama ada wujud kes prima facie tuntutan palsu kepada kerajaan negeri mengenai pembekalan kotak gear Proton Perdana V6 Executive oleh pemilik bengkel kereta, Tor Kok Siong.

Hakim M. Bakri Abd. Majid membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Feriza Hamzah dan peguam bela tertuduh, Karpal Singh.

Mengikut dakwaan, Kok Siong, 52, yang merupakan pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kecil di sini dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.


UTUSAN: Apakah signifikannya pemansuhan skim geran bagi menggantikan skim pinjaman mudah pada tahun ini?

HAFSAH: Ini membawa maksud SMECorp kini lebih bersifat selektif. Kami hanya memilih syarikat yang benar-benar layak untuk diberi pinjaman. Sebelum ini, mereka (PKS) yang menggunakan geran kerajaan telah menjalankan perniagaan sambil lewa. Jadi, kita memandang serius masalah ini dan mahu mereka menjalankan perniagaan yang lebih berhemah dan mempunyai integriti.

SEMENTARA tumpuan peserta pasaran beralih kepada pusingan pertama Piala Dunia Fifa awal minggu lalu, pembeli kembali memilih saham mewah terpilih didorong pemulihan kukuh pasaran dalaman diterajui kenaikan Wall Street dengan Indeks Dow Jones melonjak tinggi ke atas paras 10,000 mata.

Penanda aras 30 saham mewah Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) pulih 23.02 mata, atau 1.78 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,317.69, dengan keuntungan dicatat dalam Tenaga (+47 sen), Genting Bhd (+30 sen), Sime Darby (+18 sen) dan Maybank (+9 sen) mewakili separuh kenaikan indeks minggu lalu.

PERBADANAN Pembangunan Industri Halal (HDC) akan memeterai dua perjanjian persefahaman (MoU) masing-masing berkaitan pemasaran dan penyelidikan produk halal dengan Kerajaan Iran dan Taylor College pada hari pertama Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Sedunia 2010 bermula Rabu ini.

Ketua Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata MoU pertama antara perbadanan itu dengan Taylors College adalah berkaitan penyelidikan yang akan membawa negara untuk melangkah buat pertama kalinya ke dalam industri halal yang berasaskan pengetahuan.

BUKIT KAYU HITAM: Kira-kira 80 peratus daripada 30,845 peruncit seluruh negara sudah mendapatkan lesen peruncit bagi menjual barangan kawalan sejak ia dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), 9 Jun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata setakat ini seramai 24,547 peruncit di seluruh negara sudah mendapatkan lesen itu dan ia menunjukkan sokongan mereka terhadap hasrat kerajaan yang mahu menjaga kepentingan semua pihak terutama pengguna.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan belia di negara ini perlu mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing bagi memastikan mereka mempunyai hala tuju untuk mencapai matlamat menyumbang ke arah agenda pembangunan serta melonjakkan ekonomi ke tahap global.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Razak Idris, berkata KPI yang dirangka kerajaan itu perlu menggariskan bidang yang menjadi keutamaan negara yang disandarkan kepada golongan belia termasuk pembangunan modal insan, peningkatan kesedaran jati diri dan patriotisme, kepekaan terhadap isu global, kesukarelawan dan khidmat bakti kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

MELAKA: “Dengan wang (bantuan) ini, saya percaya mampu membantu saya untuk menjelaskan sewa rumah yang tertunggak sekian lama sejak setahun lalu,” kata Rohaya Mohd, 27, salah seorang penerima bantuan sewa rumah untuk golongan miskin tegar bandar di negeri ini.

Ibu tunggal kepada empat orang anak itu, berkata dia bersyukur tidak terhingga kerana bantuan yang diberikan mampu membantu dirinya melangsaikan sewa rumahnya yang sudah lama tertunggak akibat masalah kewangan yang dihadapinya.

KUALA LUMPUR: Penduduk Pangsapuri Taman Cheras Utama di sini, terpaksa menanggung beban hutang sebanyak RM110,000 akibat kelewatan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memasang meter air individu di rumah mereka.

Bebanan hutang timbul apabila bekalan air di 332 rumah rosak sejak enam bulan lalu hingga memaksa mereka mengepam air pili bomba untuk kegunaan harian.

Air pili bomba yang digunakan mengenakan caj lebih mahal iaitu RM2.38 seunit berbanding meter biasa RM1.38 seunit selain terpaksa membayar harga air bulanan sebanyak RM20.

USAHAWAN Bumiputera digalak merebut peluang perniagaan yang masih terbuka di Kelantan terutama dalam bidang pelancongan kerana negeri itu terkenal dengan kemudahan hospitaliti yang tinggi.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, berkata peluang itu perlu direbut terutama oleh anggota Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Baru Malaysia (Perdasma) di negeri ini sebelum dimonopoli pihak lain.

“Banyak peluang boleh diterokai pengusaha di negeri ini jika mereka tahu menilai keberhasilan masa hadapan berdasarkan alam semula jadi terutama dalam bidang pelancongan,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Program Pendedahan Peluang Perniagaan dalam Sektor Perkhidmatan (Hospitaliti dan Pelancongan) di Kota Bharu, semalam.