Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata setakat ini seramai 24,547 peruncit di seluruh negara sudah mendapatkan lesen itu dan ia menunjukkan sokongan mereka terhadap hasrat kerajaan yang mahu menjaga kepentingan semua pihak terutama pengguna.
Beliau turut melahirkan keyakinannya semua peruncit di negara ini akan mengambil langkah sama dalam tempoh 10 hari terakhir ini sebelum KPDNKK menjalankan penguatkuasaan.
“Perkembangan ini menunjukkan peruncit faham hasrat kerajaan dan saya yakin mereka yang ketika ini belum mendapatkan lesen berkenaan akan mengambil langkah sama dalam tempoh 10 hari terakhir ini.
“Permohonan mendapatkan lesen ini juga mudah dan KPDNKK akan mengeluarkan serta merta lesen dipohon peruncit.
“Selain itu kita juga mengambil langkah turun padang bagi menemui peruncit yang berada di kawasan pedalaman untuk memudahkan mereka mendapatkan lesen,” katanya pada sidang media selepas sesi lawatan ke 11 kedai runcit sekitar pekan Changlun yang sudah mendapatkan lesen peruncit serta Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin, (KIK), di sini, semalam.
Tan berkata, KPDNKK juga sudah meningkatkan kadar bekalan gula di seluruh Malaysia sebanyak lima peratus menjelang musim perayaan tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan orang ramai.
“Dengan pertambahan lima peratus itu akan ada lebihan sebanyak 1,000 tan gula berdasarkan bekalan gula sebanyak 100,000 tan yang diperlukan pengguna seluruh negara setiap bulan.
“Bagaimanapun, jika dengan pertambahan bekalan itu ia masih tidak mencukupi, peruncit yang terbabit boleh menghubungi KPDNKK dengan mengemukakan bukti untuk membuat permohonan menambah bekalan,” katanya.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/24_547dapatlesenjualbarangkawalan/Article
0 Responses so far.
Post a Comment