Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

PERNAHKAH anda membeli-belah di Internet? Mudah bukan, namun urusan tersebut pastinya mengundang sedikit sebanyak risiko ditipu oleh pihak ketiga mahupun pihak yang berurusan dengan anda.

Jika disebut mengenai laman web jual beli Mudah.my, rata-rata ramai daripada kita amat mengenali laman web yang menyediakan kemudahan urusan jual beli apa sahaja jenis produk.

Taip sahaja barangan yang ingin anda cari di ruangan carian laman web tersebut pastinya akan muncul produk yang dicari.


Mudah.my merupakan salah sebuah laman web membeli belah yang terbesar di negara ini yang mana perkhidmatannya menawarkan ruangan untuk mengiklan serta kemudahan membeli barangan dalam kaedah yang paling ringkas.

Sebagai sebuah ruang atau halaman jual beli maya, Mudah.my pada asalnya sememangnya ia memudahkan pengguna untuk membeli barangan terus dari rumah.

Namun, risiko ditipu ketika melakukan transaksi pembayaran kadang kala ‘merencatkan’ keghairahan membeli belah di laman web tersebut.

Menyedari kesulitan yang sering dihadapi pengguna, Mudah.my telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pengurusan pembayaran dalam talian yang terkenal di dunia, PayPal.

Pengurus Besar Mudah.my, Shylendra A.S. Nathan berkata, ia bagi menjamin keselamatan transaksi pembayaran yang dilakukan oleh pengunjung setia Mudah.my.

“Para pengunjung yang sering mendapatkan perkidmatan pengiklanan, jualan dan belian di laman web ini kini boleh melaksanakan transaksi pembayaran menerusi PayPal.

“Ia sekali gus mampu menjamin keselamatan urusan yang dilakukan berdasarkan tapisan dan perkhidmatan yang diberikan,” ujarnya.

Kerjasama bersama PayPal dilihat mampu melonjakkan imej serta penggunaan laman web Mudah.my di kalangan pengguna.

Tambahan, laman web tersebut turut membantu para usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan untuk mengembangkan perusahaan mereka.

Sehingga kini, perkhidmatan tambahan seperti PRO Niaga yang dikhaskan untuk para usahawan kini telah mencatatkan sebanyak 20,000 pendaftaran.

Jelas Shylendra, Mudah.my bukan sahaja merupakan hos untuk aktiviti jual beli malah ia juga merupakan platform bagi para usahawan mengetengahkan perniagaan mereka.

Bagi yang berminat boleh melayari laman web tersebut di www.mudah.my untuk mendapatkan maklumat serta keterangan yang lebih lanjut.

Sumber:  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_03.htm

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment