Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

MELAKA: Sejarah tercipta bagi 112 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta 10 jurulatih apabila mereka mengharungi cabaran berkayak merentasi Selat Melaka dari Dumai, Indonesia, baru-baru ini.

Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kolej Komuniti Masjid Tanah yang julung kali diadakan itu menyaksikan peserta melakukan aktiviti khidmat siswa di Pulau Rupat dan Dumai, Indonesia.
Pengarah Kanan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia merangkap Pengarah Program, Ismail Badol berkata walaupun membatalkan rancangan awal berkayak dari Melaka ke Pulau Rupat minggu lalu, mereka masih meneruskan aktiviti lain dengan lancar.


Menurutnya, selama tiga hari di sana, pelbagai aktiviti khidmat siswa diadakan termasuk acara gotong-royong, sukaneka, selain membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar di sana dengan cara mendekati kehidupan mereka.

“Peserta menyerahkan sumbangan kewangan kepada anak-anak yatim di Kampung Kelurahan Purnama di samping beberapa aktiviti sukan seperti tarik tali, dangdut belon dan lari dalam guni,” katanya ketika ditemui selepas tiba di muara Sungai Melaka, Bandar Hilir.

Ketibaan Ekspedisi Kayak Dumai-Melaka 2010 itu disambut Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kira-kira jam 3.15 petang.

Majlis penutup program berkenaan disempurnakan Othman dan dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim; Pengerusi Program, Dzulkarnain Goh Abdullah dan wakil dari Indonesia, Timo Kipda.

Pada majlis itu, peserta ekspedisi, Nur Afiqah Zulkifli, 20, diumumkan sebagai atlit terbaik Ekspedisi Kayak Dumai-Melaka 2010.

Menurut Ismail, peserta kayak dalam ekspedisi itu dibahagi kepada dua kumpulan, 56 peserta.

“Kumpulan pertama tiba di muara Sungai Melaka jam 1 tengah hari manakala kumpulan kedua pula tepat pada jam 3.15 petang,” katanya

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/112berkayakbuatkebajikan/Article

0 Responses so far.

Post a Comment