Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR 4 Julai - "Jangan guna hanya jenama 'bajet' dan murah untuk tarik pelancong ke Malaysia,'' kata Presiden Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (Maho), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Maho juga memohon supaya semua pihak di Malaysia keluar dari kepompong jenama murah dalam usaha menarik kedatangan pelancong asing ke negara ini kerana tindakan itu menjejaskan imej negara.

Abdul Aziz berkata, Maho menggesa kerajaan supaya mempelbagaikan aktiviti pelancongan dan menggunakan jenama eksklusif yang berkualiti tinggi dan berpatutan untuk pelancong asing dari kelas atasan.
Menurut beliau, kaedah ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian lebih ramai pelancong dalam kalangan berada dan kelas atasan untuk kembali melancong ke negara ini.


"Kita di Malaysia masih mengalami kekurangan pelancong kelas atasan ke negara ini bagi menyokong industri pelancongan negara.

"Ramai selebriti kenamaan, pemimpin negara dan tokoh perniagaan asing datang ke negara ini hanya sekali dua sahaja dan mereka tidak kembali ke negara ini dan ia amat merugikan kerana Malaysia mempunyai banyak kemudahan dan infrastruktur yang bertaraf dunia,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Abdul Aziz menambah, industri perhotelan negara memerlukan kedatangan pelancong asing yang berkualiti dan berkemampuan dari segi kewangan sebaliknya, bukan kuantiti semata-mata.

Jelasnya, pelancong yang berkualiti tidak kisah untuk berbelanja dan mereka berkemampuan untuk menginap di hotel-hotel bertaraf lima bintang.

"Kami dapati pelancong yang berkualiti ini menginap dalam tempoh yang panjang di negara ini, kadang kala sehingga dua hingga tiga minggu dengan kadar sewa bilik RM1,000 ke atas semalam. Ia membawa hasil yang tinggi untuk industri perhotelan,'' katanya.

Maho turut memohon kerajaan supaya tidak memotong perbelanjaan dalam pembangunan industri pelancongan kerana ia amat diperlukan bagi menarik kedatangan ramai pelancong yang berkualiti.
Selain itu, kata Abdul Aziz, selain promosi pelancongan yang baik di luar negara, kerajaan perlu bijak menarik pelancong yang sedang berada dalam transit atau melancong ke negara-negara jiran supaya mengambil kesempatan berkunjung ke Malaysia.

Katanya, Malaysia boleh menarik perhatian pelancong asing di mana-mana lapangan terbang di Thailand dan Singapura untuk datang melawat ke Malaysia yang jaraknya tidak jauh dari kedua-dua lokasi tersebut.
"Perjalanan ke Malaysia dari Thailand dan Singapura hanya mengambil masa beberapa jam sahaja dari jalan udara dan ia merupakan salah satu usaha yang amat berkesan untuk menarik kedatangan pelancong,'' ujarnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

0 Responses so far.

Post a Comment