Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

DATA ekonomi China dan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan pada minggu lalu menyebabkan saham mewah di Bursa Malaysia gagal meneruskan aliran peningkatan selama empat minggu berturut-turut apabila ia jatuh sejajar dengan kejatuhan pasaran saham global berikutan kebimbangan kemungkinan pemulihan ekonomi global akan bertambah perlahan.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) jatuh 19.01 mata, atau 1.43 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,307.44, dengan kejatuhan Sime Darby (-32 sen), IOI Corp (-14 sen), Genting Bhd (-18 sen) dan Genting Malaysia (-16 sen) yang menyumbang separuh daripada kerugian indeks berkenaan.

Purata dagangan harian jatuh kepada 604.8 juta saham dengan nilai purata dagangan pada RM964.5 juta, berbanding 719.2 juta saham bernilai RM1.15 bilion pada minggu sebelumnya.

Pada peringkat global, harapan untuk menyaksikan aliran data ekonomi yang baik minggu lalu adalah menghampakan dan keadaan sama dijangka berulang minggu ini yang mana ia akan memberikan gambaran tinjauan ekonomi yang lemah untuk separuh kedua tahun ini.

Sementara itu pada peringkat tempatan, pertumbuhan nilai eksport bagi Mei adalah sederhana iaitu sebanyak 21.9 peratus berbanding setahun lalu kepada RM52.3 bilion daripada pertumbuhan 26.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Penghantaran yang rendah ke negara Kesatuan Eropah, China dan AS menjadi punca utama kemerosotan nilai eksport bagi Mei yang sebelum ini dijangkakan berkembang sebanyak 26.6 peratus.

Eksport ke destinasi berkenaan masing-masing jatuh sebanyak 7.4 peratus, 2.5 peratus dan 1.5 peratus berbanding bulan sebelumnya dan perkembangan ekonomi terbaru di negara berkenaan dijangka menyebabkan nilai eksport bagi bulan mendatang terus lemah.

Sementara itu, tempahan barangan perkilangan AS bagi Mei jatuh 1.4 peratus dan ia lebih tinggi daripada jangkaan kemerosotan sebanyak 0.5 peratus, dan lebih rendah daripada kejatuhan 1.0 peratus pada April.

Pelabur tempatan akan memerhatikan data keluaran industri dan jualan sektor pembuatan bagi Mei yang akan dikeluarkan Khamis ini yang dijangkakan lebih lemah daripada jangkaan, sejajar dengan kelemahan ditunjukkan nilai eksport.

Pelabur juga akan melihat keputusan berhubung Kadar Dasar Semalaman yang akan dikeluarkan Bank Negara Malaysia pada hari yang sama.

Meskipun ramai berpendapat akan berlaku peningkatan, Bank Negara dijangka tidak akan melakukannya pada Julai.

Mengenai tinjauan pasaran untuk separuh kedua tahun ini, potensi kenaikan FBM KLCI kelihatan terhad dan faktor luaran mampu mengheret indeks di bawah 1,200 mata pada suku ketiga sebelum minat belian kembali pulih untuk melonjakkan indeks ke paras 1,250 mata sebelum akhir tahun ini.

Berdasarkan keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu dan langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi, meningkatkan permintaan domestik dan memacu pertumbuhan sektor perkhidmatan, adalah satu langkah bijak untuk melaksanakan strategi pelaburan berikut dalam separuh kedua tahun ini.

Tingkatkan pendedahan dalam saham syarikat kecil ke sederhana yang mempunyai model perniagaan yang baik, kontrak jangka panjang, pendapatan tinggi berterusan dan mempunyai pengurusan yang baik.

Saham berkenaan adalah seperti Supermax, Tanjung Offshore dan QL Resources.

Beli saham mewah syarikat yang akan mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi dan sentimen pasaran yang lebih baik.

Pilihan bagi saham jenis itu ialah CIMB, Public Bank, RHB Capital, Axiata dan Genting Bhd.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BursaMingguan_Sahammewahjatuhdipasaran/Article

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment