Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

KUALA LUMPUR - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 32,369 aduan daripada pengguna mengenai pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian sebanyak RM210 juta pada tahun lepas.

Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC Datuk N.Marimuthu berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 16.7 peratus berbanding 28,080 aduan dengan kerugian RM170 juta pada 2008.


“Daripada 32,369 aduan diterima, sebanyak 85 peratus telah dapat diselesaikan iaitu merangkumi kepuasan dan kerugian yang dialami mereka (pengguna),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar “Kebangsaan Pengendalian Aduan 2010” dan pelancaran laporan tahunan NCCC 2009, di sini semalam.

Katanya, berdasarkan laporan NCCC 2009, jumlah terbesar aduan iaitu sebanyak 2,713 aduan melibatkan kategori yang meliputi jualan langsung seperti penipuan gores dan menang, tawaran pelaburan dan cabutan bertuah.

Kategori perumahan pula mencatatkan aduan kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,686 aduan diikuti aduan kategori komunikasi dan multimedia (2,512), kategori perkhidmatan masa hadapan (2,347) dan mutu barangan dan perkhidmatan (2,120).

Marimuthu yang juga Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata aduan dalam kategori perumahan agak kurang dapat diselesaikan berikutan masalah seperti projek perumahan terbengkalai.

“Konsep bina dan baru jual rumah perlu dipergiatkan untuk melindungi pengguna daripada projek perumahan yang terbengkalai.

“Namun, pengguna juga dinasihatkan untuk membeli rumah dari syarikat pemaju yang rekodnya tidak mempunyai masalah,” katanya.-Bernama

Sumber: Sinar Harian

Labels: ,

0 Responses so far.

Post a Comment